Tonton Tutorial Tudung Satin Ini Dan Gayakan Hijab Anda Dengan Mudah!

Tampil anggun menggayakan hijab satin dari Emma Husen ini.

Written by
|

 

Tanggal 11 September 2018 merupakan satu hari yang amat penting bagi umat Islam di seluruh negara dan di ambil sebagai permulaan kiraan bagi kalender Hijrah.

Bulan Muharram setiap tahun mengingatkan umat Islam tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dari Makkah ke kota Madinah.

Tema sambutan Maal Hijrah kali ini, ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ amat bertepatan dengan Islam sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam.

Hijrah adalah perkataan Arab yang bermaksud meninggalkan atau berpindah. Berhijrah mempunyai dua pengertian iaitu berhijrah secara fizikal dan hijrah diri.

Mengambil semangat tahun baru ini, pastinya setiap insan telah berazam melakukan hijrah pada diri masing-masing. Mungkin ada di antara wanita yang telah menetapkan azam untuk berhijab kerana menutup aurat merupakan tuntutan agama Islam.

Pemakaian tudung kepada wanita Muslimah adalah satu perintah yang jelas.

Sebagaimana diperintahkan oleh ALLAH dalam Surah An Nur ayat 31 yang bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandang mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka…”

Perintah menutup aurat ini juga diriwayatkan dalam Hadis Riwayat Abu Daud dari Aisyah bahawa Asma putri Abu Bakar suatu hari berkunjung ke rumah Nabi, lantas Nabi bersabda menegurnya: “Wahai Asma! Bila seorang gadis telah haid, tidak boleh terlihat bahagian organ tubuhnya kecuali bahagian ini (Nabi menunjuk muka dan kedua telapak tangannya)”.

 

Tudung Satin ‘Emma Husen’ Serlahkan Penampilan Muslimah Sejati

 

BLUSH SATIN SHAWL – PINK

 

Padanan gaya khusus untuk wanita berhijab turut menyumbang usaha mengekalkan penampilan mereka sebagai Muslimah sejati.

BLUSH SATIN SHAWL – BABY BLUE

 

Oleh itu, Zilzar Life mahu berkongsi sebuah video tutorial memakai tudung satin kepada pembaca dan penonton di luar sana. Selamat menonton!

 

 

Kepada anda semua yang mahu tampil bergaya dengan tudung satin keluaran Emma Husen. Anda boleh membeli secara ‘online’ di bazaarKITA melalui aplikasi mudah alih THiJARI powered by Zilzar Life. THiJARI merupakan aplikasi rasmi Lembaga Tabung Haji.

 

Skip to toolbar