Ujian Stres Secara Online Bantu Anda Mengetahui Tahap Tekanan Anda

Written by
|

Foto: American Psychological Association

Hari isnin merupakan cabaran paling besar yang bakal di tempuh oleh mereka yang bekerja mahupun yang belajar, tidak lupa juga kepada para ibu bapa yang bertungkus lumus menyediakan sarapan kepada anak-anak.

via GIPHY

Ada juga di antara kita yang menganggap bahawa hari isnin ini merupakan hari yang paling stres berbanding hari lain. Mengapa begitu? bagi yang bekerja mesti sibuk nak mengejar ‘deadline’ untuk projek-projek manakala bagi pelajar mungkin sibuk nak menghantar pelbagai ‘assignment’ yang diminta oleh pensyarah mereka.

via GIPHY

Mungkin ramai yang kurang mengetahui jika stres ini sebenarnya bahaya ataupun tidak, dan apakah kesan serius stres serta bagaimana kita ingin mengetahui tahap stres yang kita alami.

Menurut MyHealth, stress atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan.

Adakah anda mengalami stres? Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai Ujian Stres.

Jumlah markah Maklumat Nasihat
Kurang dari 10 Anda mempunyai ketahanan diri terhadap stres Syabas! Namun anda boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres

10 – 20 Anda menunjukkan tindakbalas yang normal terhadap stres Anda boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

30 to 50 Anda mudah mengalami stres Anda perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

Lebih dari 50 Anda mengalami stres yang tinggi Anda perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup anda. Sila mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

 

Andai kata anda berasa terlalu stres, pastikan anda mengambil tindakan untuk mengawalnya. Dalam pada itu, sarankan rakan-rakan untuk mengambil Ujian Saringan Mental Secara Online (DASS).

 

Jika benar anda menghadapi stres, bagaimana untuk mengatasinya dan langkah pencegahan

  • Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
  • Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
  • Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
  • Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka.

Sumber: MyHealth.com

 

 

 

Skip to toolbar